Digital Niaga | Maybank
Digital Niaga | Maybank
Digital Niaga Maybank
Digital Niaga Maybank
Digital Niaga Logo
Maybank IslamicLogo

Membina Asas Teguh dengan Penyelesaian Perbankan SME Maybank Islamic

Bermula, berkembang dan meluaskan perniagaaan anda dengan penyelesaian patuh Shariah khas direka untuk kejayaan anda.

Pembiayaan Digital PKS

Dapatkan tambahan tunai untuk kegunaan perusahaan anda. Segalanya boleh di miliki pada waktu rehat anda. Dimana kepantasan adalah segala-galanya.

Pembiayaan yang fleksibel mengikut keperluan perniagaan anda.

Mohon Sekarang

  • Dapatkan status kelulusan permohonan dalam tempoh 10 minit*
  • Dokumen tidak diperlukan*
  • Cagaran tidak diperlukan
  • Tersedia dalam talian 24/7
  • Perlindungan Takaful untuk melindungi pembiayaan anda*
Terbuka kepada pelanggan bank sedia ada dengan rekod yang lengkap. Sekiranya anda pelanggan baharu kepada Maybank, kami menilai permohonan anda terlebih dahulu dan akan memberikan keputusan permohonan anda di dalam masa 2 hari bekerja.
** Pilihan unutuk melanggan Takaful Tempoh Berkurangan Peribadi yang telah ditawarkan oleh ETIQA ke atas jumlah pembiayaan dan nikmati kadar pembiayaan yang lebih rendah.

Terbuka kepada semua pelanggan Syarikat Pemilik Tunggal, Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dengan:
  • Hasil Perolehan Tahunan kurang daripada RM50 juta
  • Jumlah baki pembiayaan dengan bank mestilah kurang daripada RM5 juta
  • Syarikat berdaftar milik warganegara Malaysia
  • Perniagaan telah beroperasi lebih dari 1 tahun

  • Pembiayaan Berjangka Komoditi Murabahah-i (PBKM-i)
  • Jumlah Pembiayaan diantara RM3,000 sehingga RM500,000
  • Tempoh Pembiayaan:
Jumlah pembiayaan:
RM3,000 sehingga RM250,000
1 sehingga 5 tahun
Jumlah pembiayaan:
RM251,000 sehingga RM500,000
1 sehingga 7 tahun

  • Pembiayaan patuh syariah berdasarkan prinsip Komoditi Murabahah (kos berserta keuntungan)
  • Lebih penjimatan untuk pembiayaan anda - Caj keuntungan berdasarkan amaun pembiayaan prinsipal yang tertunggak dan tidak dikompaunkan.
  • Perlindungan jumlah bayaran melalui Kadar Siling dan Harga Jualan Bank - Had Pembiayaan anda dilindungi sekiranya berlaku kenaikan pada Kadar Pembiayaan Bank (BFR)
  • Tiada Tempoh Tertutup, yuran penyelesaian awal / penalti bagi penyelesaian awal.

Dokumen tidak diperlukan bagi permohonan Pembiayaan Segera Dalam Talian sekiranya anda adalah pelanggan sedia ada Maybank
Jika anda pelanggan baharu Maybank atau memohon Pembiayaan Perniagaan:
  • Salinan Kad Pengenalan Baharu Pengarah / Pemegang Saham / Pemilik / Rakan Kongsi / Penjamin (salinan pasport bagi bukan warganegara)
  • Dokumen Pendaftaran Perniagaan
  • Lesen Perdagangan / Perniagaan (bagi perniagaan yang beroperasi di Sabah & Sarawak)
  • Penyata bank 6 bulan terkini (dokumen tambahan ini tidak wajib, tetapi mungkin dapat meningkatkan peluang untuk medapatkan kelulusan)
Dokumen Tambahan yang diperlukan untuk permohonan Pembiayaan Perniagaan:
  • Penyata Kewangan
  • Dokumen tambahan mungkin diperlukan berdasarkan pakej produk

  • Tiada yuran bulanan
  • Pengeluaran tanpa had
  • Ciri Perbankan Dalam Talian M2U/ M2U Biz

Akaun SME First-i terbuka untuk jenis perniagaan berikut:
  • Pemilikan Tunggal
  • Perkongsian
  • Syarikat sendirian berhad
  • Profesional

  • Akaun semasa patuh Syariah berdasarkan kontrak Komuniti Murabahah (jual beli dengan kos tambahan)
  • Dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit

Jika dibenarkan, sebarang kelebihan sementara yang tidak dirancang dalam mana-mana Akaun disebabkan oleh jumlah yang didahulukan oleh Bank akan dianggap sebagai pinjaman (Qard) yang diberikan oleh Bank kepada pemegang akaun.

Syarikat Sendirian Berhad – semua dokumen perlu disahkan salinan benar oleh Setiausaha Syarikat
  • Memorandum dan Artikel Persatuan/ Perlembagaan/ Pengesahan Setiausaha Syarikat Akta Baru Seksyen 21
  • Salinan kad pengenalan/pasport semua pengarah (jika warganegara asing) dan penandatangan yang diberi kuasa
  • Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat Sendirian Berhad)/ Notis Pendaftaran
  • Borang 13 (Pertukaran Nama Syarikat)/ Notis Pendaftaran Nama Baharu
  • Borang 24/ Pulangan untuk Penjatahan Saham
  • Borang 49/ Pemberitahuan perubahan dalam Daftar Pengarah, Pengurus & Setiausaha
  • Resolusi Lembaga Pengarah untuk membuka dan mengendalikan akaun
  • Deposit awal/penempatan sebanyak RM1,000 (semasa pembukaan akaun)
Pemilikan Tunggal dan Perkongsian
  • Kad pengenalan/ pasport (jika warga asing) pemilik tunggal/semua rakan kongsi dan penandatangan yang diberi kuasa
  • Sijil Pendaftaran/ Sijil Pendaftaran Perniagaan
  • Borang D (Lesen Perniagaan)
  • Surat Ikatan Perkongsian (hanya untuk Perkongsian)
  • Surat Pengenalan
  • Surat Mandat
  • Deposit/penempatan awal sebanyak RM1,000 (semasa pembukaan akaun)

Caj perkhidmatan adalah RM10 setiap enam bulan, tetapi dikecualikan untuk akaun dengan baki purata RM1,000 dalam tempoh tersebut.
Caj sebanyak RM20 akan dikenakan bagi penutupan awal akaun dalam tempoh 3 bulan selepas pembukaan akaun.

Nota: Bank dalam halaman ini merujuk kepada Malayan Banking Berhad dan Maybank Islamic Berhad.

Akaun-i SME First

Daftar dalam talian sekarang dan aktifkan akaun anda dalam beberapa minit di cawangan Maybank terdekat melalui Premier Lane kami.

Tidak memerlukan pencadang. Mohon dalam talian hari ini.

Mohon Sekarang

Digital Niaga

Tentang Program Digital NiagaRakan NiagaRakan PembekalHubungi Kami
Digital Niaga

Borong (Malaysia), Suite 13.02, 13 Floor, Menara IGB,1, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200, Kuala Lumpur, Malaysia.

© 2024 Macro Tech Ventures Sdn Bhd (1190627-U)